Isnin, 30 Januari 2012

TABUNG PERUBATAN UNTUK BOB

Pada 16 Januari 2012 seorang hamba Allah telah terjatuh dari ScarHolding setinggi bangunan 1 1/2 tingkat ketika sedang bekerja memasang lampu futsal di Ampang. Muhammad Fazsriq Izzardi tidak menyangka bahawa kemalangan itu akan berlaku malah ibunya sendiri masih trauma dan terkejut.

2. Beliau yang lebih dikenali dengan Nama BOB telah pengsan dan terus dihantar ke Hospital Ampang setelah pemeriksaan dialkukan beliau di pindahkan ke Hospital Kuala Lumpur kerana dikhuatiri mengalami pendarahan otak..beliau koma selama 5 hari ...pemeriksaan secara menyeluruh oleh dilakukan oleh doktor yang bertugas.

3. Hasil daripada pemeriksaan doktor, kami telah dimaklumkan bahawa tulang belakang BOB no 8 dan 9 retak dan remuk... Astagfirullahalazim.... mengapa pulak jadik begini......kami telah terbayang...tentang apa yang akan dihadapi oleh BOB......yang baru berusia 21 Tahun....perjalanan nya masih jauh...

4. Bob kini telah ditempatkan di Wad Neurologi..HKL..doktor yang merawat bob tidak memberi sebarang harapan untuk Bob kembali seperti sediakala..Secara sendiri kami dapat memikirkan bahawa Bob Tidak Mungkin dapat Berjalan lagi malah BOB akan LUMPUH Dari pinggang kekaki.

5. Doktor memaklumkan bahawa bob perlu dibedah lagi implan dan skru perlu dimasukan SEGERA bagi mengelakkan kerosakkan terus merebak didalam tulang belakang BOB (tulang 8 dan 9)

6)Sekali lagi kami telah terbayang sesuatu..namun kami tak mampu lagi menidakkannya apabila doktor memberitahu bahawa KOS UNTUK PEMBEDAHAN ITU ADALAH SEBANYAK RM 15000.00 ke RM20000.00 bergantung kepada jumlah Skru yang perlu dipasang...dengan 1 Skru Berharga RM2000.00 dan itu belum termasuk dengan KOS SELEPAS PEMBEDAHAN SEPERTI FISOTRAPI , UBAT-UBATAN DAN JUGA KEPERLUAN LAIN SEPERTI PAMPERS Kerusi Roda dll.

7)Jika Dulu bob yang tidak mempunyai pekerjaan tetap masih boleh berkerja siang dan malam..boleh membantu dalam kenduri dan kendara dikampung, boleh membantu menguruskan jenah...kini bagaimana..BOB tidak boleh berdiri .BOB perlukan Bantuan ...Bukan Setakat Bantuan Rohani tetapi juga bantuan dari Segi Pemulihan , Latihan Dan Kaunseling serta juga Kewangan ..

8)kami telah sepakat untuk mengumpul derma dikalangan kami..sehinngga saat blog ini ditulis...kami telah berjaya mengumpul RM5000.00......namun ianya masih tidak mencukupi..kemampuan kami terbatas...

9)Tinggi Sungguh Cubaan ini Ya Allah....namun kami reda kerana kami percaya Allah tidak akan membebankan hambanya dengan sesuatu yang tak mampu ditanggung olehnya (BOB dan Kami)

Sehubungan Itu Kami Merayu Agar sesiapa yang sudi untuk menderma kepada Tabung Perubatan BOB bolehlah berbuat demikian dengan memasukan nya ke dalam akaun amanah Keluarga marlisa....

CIMB 12050008245206 rani/khairi